Wednesday, 1 June 2011

Skim Latihan 1Malaysia untuk siswazah menganggur

 assalamualaikum wbt..
arini nak share cikit sal berita yang kite dengar tengok kat tv tadi....
petikan berita ni kite amik kat berita harian online ni ye...

komen kite....
alhamdulillah kalau perancangan n janji ni ditunaikan
at least xdala siswazah2 kat malaysia ni terkial2 nak carik keje pasal xda experiens kan...
walaupun setaon

tapi
kesian GLC tu kan...dorang kena train n bayar gaji siswazah tu....dah la tiap2 tahun nak kena ambik pekerja(siswazah baru lagi)


2011/05/31

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak, berkata Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) yang akan dilancar beliau esok akan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini. 

Perdana Menteri berkata, berdasarkan program itu, siswazah akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Mereka yang terpilih akan dibimbing selama setahun dan selepas itu dibenarkan mencari kerja lain atau diserapkan oleh syarikat berkenaan, katanya pada jamuan tengah hari sempena Forum Tindakan Belia di sini, hari ini.
"Kumpulan pertama 3,000 siswazah akan diambil secara beransur-ansur, dan ini bagi menentukan bahawa kita mempunyai bilangan siswazah menganggur yang paling minimum," kata Najib. 

Skim Latihan 1Malaysia dikendalikan Kementerian Sumber Manusia. - BERNAMA 

notakaki: selamat begumbira...=)

1 comment:

Atie iskandar said...

mintak2 betol2 dilaksanekan.. xde la susa sgt nk cari keje nnti..

linkwithin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...